Pengarah Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Encik Khairul Anwar Dato’ Ahmad Nadzer yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) menyampaikan Juadah Makmur kepada Naib Cancelor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), YH. Professor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin hari ini.

JUADAH MAKMUR SELARI DENGAN ANJURAN ISLAM

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 23 JUN 2023 : Agihan makanan melalui Juadah Makmur kepada orang ramai di negeri ini merupakan salah satu perkara yang selari dengan anjuran Islam.

Naib Cancelor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), YH. Professor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata memberi orang ramai makan ini turut disebut dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW.

“Ini adalah satu usaha yang sangat baik daripada YAB Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang, dan sebenarnya agihan atau memberi makan kepada orang ini adalah satu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama (Islam).

“Kalau kita ingat kepada satu hadis Rasulullah SAW, apabila Nabi mula berhijrah dan sampai ke Madinah, apa yang Nabi cakap pertama kali ialah wahai manusia sebarkan salam, beri orang makan, sambungkan silaturahim, bangun malam ketika orang lain tidur, InsyaAllah masuk syurga dengan sejahtera.

“Jadi saya rasa ini (pengagihan Juadah Makmur) adalah satu perkara yang sangat baik dan mudah-mudahan akan diteruskan sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui selepas pengagihan Juadah Makmur kepada Kakitangan UniPSAS di sini hari ini.

Naib Cancelor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), YH. Professor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin

Juadah Makmur itu disampaikan oleh disampaikan oleh Pengarah Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Encik Khairul Anwar Dato’ Ahmad Nadzer yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah memilih UniPSAS sebagai lokasi pengagihan Juadah Makmur kali ini.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana sudi memilih UniPSAS sebagai salah satu daripada destinasi untuk agihan Juadah Makmur.

“Dan sebenarnya kami rasa sangat bertuah dan gembira kerana ini merupakan kali kedua UniPSAS menerima Juadah Makmur ini, yang pertama untuk orang awam dan kali ini untuk warga UniPSAS,” katanya.

Pendaftar UniPSAS, Encik Muhammad Hafiz Yaakub

Menurut Pendaftar UniPSAS, Encik Muhammad Hafiz Yaakub, pemberian Juadah Makmur pada hari ini diterima dengan perasaan syukur dan gembira.

“Saya rasa amat bersyukur dan gembira di atas pemberian Juadah Makmur daripada Pejabat Menteri Besar Pahang kepada warga UniPSAS ini,” katanya.

Pensyarah di Jabatan Dakwah UniPSAS, Puan Siti Masliah Mohd Nuri

Bagi pensyarah di Jabatan Dakwah UniPSAS, Puan Siti Masliah Mohd Nuri, turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang terutamanya kepada YAB Menteri Besar Pahang diatas pemberian Juadah Makmur ini.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang terutamanya kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail diatas pemberian Juadah Makmur hari ini dan saya berbangga menjadi anak Pahang,” katanya.

Sebanyak 200 pek makanan Juadah Makmur diagihkan kepada kakitangan UniPSAS dalam pengagihan Edisi Khas kepada agensi terpilih di negeri ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram