YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyerahkan surat pelantikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan kepada YH Dato' Razihan di Wisma Sri Pahang di sini.

DATO’ RAZIHAN DILANTIK DATUK BANDAR KUANTAN

KUANTAN, 22 JUN : Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), YH Dato’ Razihan Adzharuddin dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyerahkan surat pelantikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan kepada YH Dato’ Razihan di Wisma Sri Pahang di sini.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam pada itu mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan ini.

“Saya percaya atas pengalaman luas dalam bidang pentadbiran terutamanya sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan) sebelum ini, Dato’ Razihan mampu menggalas tanggungjawab baharu ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram