Seorang pesakit kanser, Puan Zaliza Zon dari Felda Mayam, Bera menerima sumbangan kewangan daripada Kerajaan Pahang yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

PESAKIT KANSER SIFATKAN SUMBANGAN KERAJAAN PAHANG SATU RAHMAT

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 21 JUN 2023 : Seorang pesakit kanser, Puan Zaliza Zon dari Felda Mayam, Bera menzahirkan rasa terharu selepas menerima sumbangan kewangan daripada Kerajaan Pahang yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

Puan Zaliza turut menggangap sumbangan ini merupakan satu rahmat tidak terhingga daripada Allah SWT kepada orang yang memerlukan bantuan sepertinya.

Puan Zaliza Zon

“Saya dapat sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang atas kesihatan saya iaitu kanser payudara tahap empat dan sekarang telah merebak ke tulang. Memang gembira sangat dan rasa seolah-olah satu rahmat Allah SWT kepada orang yang memerlukan bantuan macam saya ini.

“Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar kerana memahami perasaan kami pesakit kanser ini, terima kasih sungguh-sungguh, luahnya dalam keadaan sebak,” katanya selepas menerima sumbangan Cek Kerajaan Pahang di sini hari ini.

Puan Zaliza yang tidak memiliki pekerjaan berkata, sumbangan yang diterima ini sangat diperlukan bagi menampung perbelanjaan rawatan dan perjalanan ke Kuala Lumpur setiap bulan.

“Saya didiagnos kanser ini pada 2013 dan sumbangan ini akan digunakan untuk membiayai kos perubatan saya. Dengan sekarang ini ia dah menjadi kanser baru jadi saya perlu menjalani rawatan di Kuala Lumpur dan semua itu memerlukan kos, rawatan, perjalanan, dan kemungkinan saya perlu kimoterapi semula.

“Sekarang saya kena pergi (menjalani rawatan di Kuala Lumpur) setiap bulan dengan kos bagi sekali pergi hampir RM1,000 juga. Dan sumbangan ini memang sangat saya perlukan kerana bila say sakit, saya dah tiada pekerjaan,” katanya yang mempunyai suami berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) dan empat anak.

Encik Akmal Razlan menerima sumbangan kewangan daripada Kerajaan Pahang yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

Seorang lagi penerima sumbangan Kerajaan Negeri Pahang, Encik Akmal Razlan yang merupakan Setiausaha Surau Kampung Jenud, Raub melahirkan perasaan gembira dan bersyukur dnegan sumbangan yang diterima ini.

“Sumbangan ini bagi membaiki pagar tanah perkuburan yang ada di Surau Kampung Jenud, di mana pagar telah tiada dan pembinaan pgar baharu ini dapat elak haiwan liar dari masuk (ke tanah perkuburan),” katanya.

Encik S. Suresh menerima sumbangan kewangan daripada Kerajaan Pahang yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

Sementara itu, Encik S. Suresh yang merupakan Bendahari Kelab Inovasi Taman Temerloh Makmur, beliau melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang diatas sumbangan yang disampaikan ini.

“Terima kasih Menteri Besar bagi sumbangan yang dapat kami gunakan untuk penganjuran futsal tidak lama lagi. Kami sasarkan lebih kurang 5,000 penyertaan akan diterima pada pertandingan yang akan dijalankan bulan depan,” katanya.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy telah menyampaikan sumbangan cek Kerajaan Negeri Pahang kepada 13 penerima bantuan di seluruh negeri Pahang dengan nilai keseluruhan RM254,540 di Majlis Perbandaran Bentong hari ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram