Pengarah Unit Perancangan Operasi dan Strategik, Pejabat Menteri Besar Pahang, YH. Dato' Wan Salman Wan Ismail ketika penyerahan pek Juadah Makmur kepada Pegawai dan Kakitangan Pejabat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am di Ibu Pejabat Briged Tenggara PGS, Kem Bukit Galing.

JUADAH MAKMUR EDISI KHAS TANDA KEPRIHATINAN KEPADA AGENSI KESELAMATAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 16 JUN 2023 : Juadah Makmur Edisi Khas kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) disifatkan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri kepada agensi keselamatan di negeri ini.

Timbalan Komanden PGA Bukit Galing, ACP Hakemal Hawari berkata juadah ini juga simbol ingatan YAB Menteri Besar Pahang kepada penjawat awam di negeri ini.

Timbalan Komanden PGA Bukit Galing, ACP Hakemal Hawari

“Saya mengucapkan syukur dan terima kasih bagi pihak Komanden Briged Tenggara SAC Sheik Azhar Sheik Omar dan seluruh warga Kem Briged Tenggara ini diatas keperihatinan Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Pahang.

“Ianya bukan sekadar juadah atau makanan tapi merupakan ingatan, penghargaan kepada kami pasukan keselamatan khususnya bagi pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berada di Kuantan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata sumbangan ini juga adalah tanda persahabatan diantara pihak PGA Kem Galing dan Pejabat Menteri Besar Pahang.

Sebanyak 500 pek makanan Juadah Makmur Edisi Khas disampaikan oleh Pengarah Unit Perancangan Operasi dan Strategik, Pejabat Menteri Besar Pahang, YH. Dato’ Wan Salman Wan Ismail kepada pegawai dan kakitangan di PGA Bukit Galing hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Pahang, Encik Mohd Farid Mohd Nor. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram