KUANTAN, 15 JUN : Tasik Chini berjaya mengekalkan status Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat International Coordinating Council of the 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) pada 14 Jun 2023 di Paris.
Beliau berkata, Keputusan ICC MAB35 ini adalah sangat bermakna kepada Kerajaan Negeri Pahang dalam mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail
“Kerajaan Negeri Pahang komited dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera Tasik Chini sebagai tapak biosfera di bawah program Man and the Biosphere.
“Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan pada tahun 2009. Kerajaan Negeri Pahang melalui NRECC telah mengemukakan laporan periodic review selepas 10 tahun pengiktirafan untuk penilaian semula oleh Sekretariat UNESCO.
“Delegasi negara ke ICC MAB35 telah diwakili oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebooknya hari ini.
Delegasi negara ke ICC MAB35 telah diwakili oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO
Beliau berkata, mesyuarat ICC MAB35 telah memutuskan bahawa periodic review Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, Pahang telah menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves (WNBR).
“ICC MAB35 membuat keputusan ini berdasarkan kepada syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) dengan mengambil kira usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi menambah baik pengurusan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.
“Ini termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan melaksanakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan,” katanya. – PAHANGMEDIA