Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal bersama atlet Pahang yang turut membarisi Pasukan Hoki Malaysia

SUKAN SEA : PASUKAN HOKI MALAYSIA RAIH EMAS TURUT DIBARISI ATLET PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

PHNOM PENH, 17 MEI 2023 : Pasukan Hoki Lelaki dan Wanita Malaysia yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan Sea Ke-32 Cambodia semalam turut dibarisi oleh lima atlet dari Pahang.

Atlet berkenaan, yang terdiri daripada tiga wanita iaitu Nuraini Abdul Rashid, Wan Norfaiezah Md Saiuti, dan Nurul Fatin Fatiah Azman dan dua lelaki, Wan Muhammad Najmie Ahmad Dzaib dan Muhammad Harris Iskandar Osman.

Tiga atlet wanita Pahang yang turut membarisi Pasukan Hoki Malaysia

Pasukan hoki lelaki kebangsaan telah berjaya menewaskan pasukan dari Singapura dengan jaringan 3-0 manakala pasukan wanita pula meneruskan kejayaan dengan jaringan 4-1.

Kedua-dua pertandingan ini berlangsung di Morodok Techo National Stadium.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal turut menyampaikan wang saku sumbangan Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang (MSP) kepada kesemua atlet Negeri Pahang berkenaan.

Dua atlet lelaki Pahang yang turut membarisi Pasukan Hoki Malaysia

Selain itu, YB. Encik Fadzli juga telah meluangkan masa hampir satu jam melawat dan beramah mesra bersama petugas media daripada RTM Malaysia di International Broadcasting Center di dalam stadium ini.

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Encik Zamri Hassan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram