Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar tahfiz

MAJLIS AIDILFITRI MUIP RAI PELAJAR TAHFIZ

Oleh : Fairus Mohd

PEKAN, 15 MEI 2023 : Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut meraikan 108 orang pelajar tahfiz yang menerima sumbangan duit raya.

Sumbangan disampaikan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP yang diiringi YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Indera Haji Zulkifli Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dato’ Ahmad Hairi Hussain serta barisan kepimpinan negeri dan pemimpin setempat.

Pelbagai juadah hari raya seperti lemang, ketupat, sate, nasi minyak dan pelbagai lagi disediakan untuk kira-kira 700 orang tetamu yang hadir.

Majlis yang diadakan di Dewan MUIP itu turut diserikan dengan persembahan artis terkenal negeri Pahang iaitu penyanyi Roslan Madun. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram