Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Tuan Ir Razali Kassim ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, YB. Encik Yohanis Ahmad pada sesi Pertanyaan Lisan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini

SIDANG DEWAN : 3,967 LOT DITAWAR DI BAWAH SKIM TANAH RAKYAT DI FELDA

KUANTAN, 12 MEI 2023 : Sebanyak 3,967 lot tanah daripada lapan Skim Tanah Rakyat (STR) di kawasan FELDA ditawarkan selepas Majlis Undian Lot Peserta STR dilaksanakan pada 18 Oktober 2022 lalu.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Tuan Ir Razali Kassim berkata, lapan STR tersebut termasuklah STR Generasi Baharu FELDA Lepar Utara 3, Kota Gelanggi 1 – 4, Sungai Tekam Utara, Sungai Tekam, Jengka 8 – 10, Jengka 12, 13 dan 24.

“Bilangan tapak kediaman yang ditawarkan adalah sebanyak 3,967 lot. Berkenaan dengan status perlaksanaan terkini adalah pihak pentadbir Tanah Jerantut kini dalam tindakan untuk mengeluarkan Notis 5A ini termasuklah proses kiraan bayaran premium, kelulusan yang patut dibayar oleh peserta serta tindakan menyediakan pelan bagi pendaftaran hak milik individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, YB. Encik Yohanis Ahmad pada sesi Pertanyaan Lisan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram