Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, YB. Sim Choon Siang ketika menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkenaan jumlah kes tuntutan pengguna melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang telah diselesaikan di Negeri Pahang Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

SIDANG DUN : TUNTUTAN PAKEJ UMRAH, HAJI KES TERTINGGI TUNTUTAN PENGGUNA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 09 MEI 2023 : Tuntutan pakej umrah dan haji merupakan kes tuntutan pengguna tertinggi direkodkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, YB. Sim Choon Siang berkata, sebanyak 20 kategori tuntutan yang tertinggi direkodkan bagi tahun 2018 hingga 2022.

“Bagi jumlah kes tuntutan pengguna melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang telah diselesaikan di Negeri Pahang untuk tahun 2018 hingga kini merekodkan 99 kes tuntutan pakej umrah dan haji.

“78 kes melalui tuntutan telefon; kereta (70 kes); bengkel kereta (68 kes); pengubahsuaian rumah (67 kes); lain-lain perkhidmatan (63 kes); lain-lain barang (57 kes); barang elektrik (49 kes); IPTA/IPTS (48 kes); agensi pelancongan (26 kes).

“Barang kemas (23 kes); alat ganti kenderaan (18 kes); perabot (15 kes); motosikal (13 kes); agensi pembantu rumah (12 kes); pos/penghantaran/kiriman cepat (9 kes); pelbagai perkhidmatan (9 kes); pakej perkahwinan (9 kes); penyewaan rumah/hotel/chalet/bilik/homestay (8 kes); dan perumahan (8 kes),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkenaan jumlah kes tuntutan pengguna melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang telah diselesaikan di Negeri Pahang Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Menurut beliau lagi, bagi 2022 sebanyak 231 tuntutan telah didaftarkan oleh Pihak Yang Menuntut (PYM) di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Negeri Pahang.

“Berikut adalah status terkini tuntutan, iaitu Tarik Balik (111 kes); Batal (26 kes); B8 (13 kes); B9 (27 kes); B10 (13 kes); Tangguh (14 kes); dan Belum disebut (27 kes).

“Sebanyak 27 kes yang berstatus belum disebut akan disebut pada pendengaran bulan Februari dan Mac 2023. Manakala setakat 13 Februari 2023 sejumlah 21 kes tuntutan telah didaftarkan oleh PYM di TTPM Negeri Pahang. Kes tuntutan bagi tahun 2023 dijadualkan didengar bagi kali pertama pada pendengaran bulan Februari dan Mac 2023,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram