Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato' Sri Mohamad Najib ketika ketika menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, YB. Tuan Haji Andansura Rabu berkenaan jumlah pelaburan asing baharu yang diterima oleh Negeri Pahang untuk tahun 2021 dan 2022 serta agihan pelaburan baharu itu mengikut daerah semasa Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

SIDANG DUN : PAHANG TERIMA DAN LULUS RM11.01 BILION PELABURAN ASING TAHUN LALU

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 09 MEI 2023 : Kerajaan Negeri Pahang telah menerima dan meluluskan RM11.01 bilion pelaburan asing pada lalu berbanding RM10.5 bilion pada 2021.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib berkata ia melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan, penternakan serta sektor pelancongan.

“Berdasarkan pecahan tersebut, antara sektor yang terlibat bagi tahun 2021 adalah sektor perkhidmatan dan sektor permbuatan. Pelaburan-pelaburan tersebut tertumpu di Bentong seta Gebeng.

“Manakala bagi tahun 2022, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, sektor penternakan serta sektor pelancongan yang menyumbang kepada pelaburan Negeri Pahang ini tertumpu di Pekan, Kuantan, serta Rompin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, YB. Tuan Haji Andansura Rabu berkenaan jumlah pelaburan asing baharu yang diterima oleh Negeri Pahang untuk tahun 2021 dan 2022 serta agihan pelaburan baharu itu mengikut daerah semasa Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga membuka peluang perbincangan kerjasama melalui lawatan hormat dari Kedutaan Asing di Malaysia bagi menarik lebih ramai pelabur antarabangsa ke Negeri Pahang.

“Perbincangan antara Kerajaan Negeri dan pihak Kedutaan dapat membuka peluang kerjasama dua hala mengikut kepakaran dan peluang yang dapat diterokai dari negara tersebut.

“Selain itu, perbincangan melibatkan agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan (MITI,MIDA) bersama-sama pelabur berpotensi juga giat dijalankan bagi meyakinkan pihak pelabur untuk memilih Pahang sebagai destinasi utama pelaburan. Melalui perbincangan tersebut juga, agensi-agensi yang terlibat akan memastikan keperluan pelabur diutamakan berdasarkan kesesuaian.

“Misi pelaburan ke negara-negara yang telah dikenalpasti juga diadakan bagi meluaskan peluang pelaburan sedia ada. Antara kerjasama dari negara luar yang berjaya dicapai berdasarkan inisiatif-inisiatif tersebut adalah dari New Zealand, Uzbekistan, dan China,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram