Gambar hiasan

SIDANG DUN : ADUN CHEKA UCAP TAHNIAH KEPADA KERAJAAN PAHANG ATAS KETEGASAN PENCEROBOHAN TANAH HARAM

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 9 MEI 2023 : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan ucapan tahniah di atas usaha pelaksanaan penguatkuasaan oleh Kerajaan Pahang dalam menangani pencerobohan tanah kerajaan dan hutan simpan di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ini merupakan tindakan tegas dalam usaha memastikan keseimbangan pembangunan di seluruh negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan ucapan tahniah di atas usaha pelaksanaan penguatkuasaan oleh Kerajaan Pahang dalam menangani pencerobohan tanah kerajaan dan hutan simpan di seluruh negeri ini.

“Tahniah kepada Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang mengambil tindakan tegas kepada pencerobohan kebun durian Musang King di Raub dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Perbahasan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Beliau turut meminta agar semua pihak dapat bekerjasama dalam mempertahankan tindakan Kerajaan Pahang dalam menguatkuasakan pencerobohan tanah kerajaan dan hutan simpan.

Beliau turut merakamkan penghargaan di atas kejayaan Kerajaan Pahang menghapus kira pinjaman berjumlah RM2.1 bilion pada Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Pahang di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air pada Disember 2020. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram