Majlis Berbuka Puasa Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal bersama Media Negeri Pahang yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur di Kuantan

KERAJAAN PAHANG JALIN KERJASAMA ERAT BERSAMA MEDIA, PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 18 APRIL 2023 : Menyedari kepentingan media dan teknologi termasuklah media sosial pada hari ini, Kerajaan Pahang mengadakan satu majlis bagi meraikan golongan itu bagi menjalin kerjasama bersama pengamalnya supaya dapat mewujudkan hubungan yang baik.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal berkata, usaha bagi mengeratkan hubungan sesama kerajaan dengan media dan pempengaruh media sosial perlu dijalin bagi memastikan sokongan dan hala tuju pembangunan di Negeri Pahang.

Majlis Berbuka Puasa Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal bersama Media Negeri Pahang yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur di Kuantan

“Saya mengajak rakan-rakan media untuk terus memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas dasar dan polisi Kerajaan Negeri yang diterajui oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang cukup bagus.

“Jadi apa salahnya mereka menyumbang kepakaran yang mereka ada, jadi saya tengok rata-rata menunjukkan komitmen yang baik dan barangkali berbeza kepakaran, pengalaman dan latar belakang dihimpunkan di dalam satu dewan pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal bersama Media Negeri Pahang yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur di Kuantan, semalam.

Majlis Berbuka Puasa Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal bersama Media Negeri Pahang yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur di Kuantan

YB. Encik Fadzli berkata, sambutan baik daripada pengamal media dan pempengaruh media sosial menggambarkan kerjasama baik Kerajaan Pahang dengan golongan itu.

Justeru, pihak kerajaan berhasrat meneruskan hubungan baik itu menerusi penganjuran beberapa program sama pada masa akan datang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram