YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menjalin ukhwah bersama pelajar-pelajar tahfiz di Maahad Ar-Rushd bersempena majlis berbuka puasa.

YAB DATO’ SRI HAJI WAN ROSDY JALIN UKHWAH BERSAMA PELAJAR MAAHAD AR-RUSHD

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS, 1 APRIL 2023 : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menjalin ukhwah bersama pelajar-pelajar tahfiz di Maahad Ar-Rushd bersempena majlis berbuka puasa.

Pada majlis sama, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama-sama warga maahad itu sejak ianya dibuka untuk pengoperasian pada awal 2023 lalu.

Hadir sama ialah isteri kepada Dato’ Sri Haji Wan Rosdy, Datin Sri Burhah Mohammed, Pegawai Daerah Lipis, YH. Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim dan pemimpin setempat.

Maahad Tahfiz Ar-Rushd kini mempunyai seramai 31 pelajar yang baru memulakan pengajian pada Mac lalu.

Kesemua pelajar diuruskan oleh empat tenaga pengajar dan kakitangan maahad berkenaan.

Maahad itu juga turut menyediakan pelbagai kelengkapan dan kemudahan bagi memberikan suasana pendidikan kondusif kepada para pelajar.

Antara kemudahan yang disediakan adalah lima bilik darjah yang boleh dijadikan dewan, bangunan pentadbiran, surau dan asrama. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram