Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Ts Dr Yuserrie Zainuddin ketika beramah mesra bersama media pada Majlis Iftar UMP Bersama Media, Agensi dan Rakan Strategik 2023 bertempat di Kuantan 188

UMP RANCANG PERLUAS IJAZAH DUAL KE LIMA NEGARA

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 29 MAC 2023 : Universiti Malaysia Pahang (UMP) merancang untuk memperkukuhkan kerjasama Ijazah Dual ke lima negara selepas berjaya menjalin kerjasama bersama Jerman, Kazakhtan dan China.

Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts Dr Yuserrie Zainuddin berkata, UMP kini menggerakkan usaha bagi melaksanakan program baharu melibatkan kerjasama dengan negara Korea dan Jepun.

“UMP sedang menggerakkan usaha bagi melaksanakan program baharu melibatkan kerjasama dengan Fakulti Komputeran (FK) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) yang bakal diterokai dengan institusi di Korea Selatan.

“Hasil kerjasama UMP dengan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), seramai 17 pelajar kini sedang mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di IPT terpilih di luar negara”, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena Majlis Iftar UMP Bersama Media, Agensi dan Rakan Strategik 2023 bertempat di Kuantan 188 di sini malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMP juga telah mengenalpasti 11 kepakaran berdasarkan beberapa kluster.

Antaranya adalah Kluster Bandar Pintar, Kluster Teknologi Pengangkutan, Kluster Bioteknologi Perindustrian, Kluster Nadir Bumi, Kluster Petrokimia dan Kluster Pembinaan.

Terbaru, UMP menerusi Syarahan Umum PLPU telah melancarkan Buku UMP’s Cluster of Knowledge dan UMP Sustainable Campus Blueprint 2022-2025 sebagai panduan dan rujukan umum. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram