Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 28 MAC 2023 : Kehadiran Ramadan kali ini membawa sinar kegembiraan buat anak-anak autism dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Semurni Qaseh, Bukit Rangin di sini apabila menerima sumbangan daripada Kuantan 188.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hospitality 360 (Syarikat Pengoperasian Kuantan 188), YH. Dato’ Indera Omar Naresh Mohan kepada Penyelia PDK Semurni Qaseh, Puan Rusnani Embong dan Pengerusinya, Encik Abdul Radzi Ahmad.
Majlis ringkas itu telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Jalinan Silaturahim dan Berbuka Puasa Bersama – sama YAB Menteri Besar Pahang di Kuantan 188.
Hadir sama ialah YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin, YB Penasihat Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin dan barisan Exco Kerajaan PahangPahang.
PDK Semurni Qaseh merupakan PDK angkat Kuantan 188 di mana kesemua pelatih di menara merupakan ahli Kelab Kanak-Kanak Kuantan 188 sejak September tahun lalu.
Pada majlis sama, seramai enam pelatih autism PDK terbabit telah dibawa melawat ke semua pelantar di menara sebelum dijamu pada majlis berbuka puasa di Restoran Noriaku di menara berkenaan.
Majlis Makan Malam di Kayangan ini juga merupakan pembukaan Buffet Makan Malam Di Kayangan Kuantan 188 yang akan bermula hari ini (28 Mac 2023) dengan beraneka makanan tradisional. – PAHANGMEDIA