YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika menyampaikan sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang 2023 sebanyak RM300 seorang

SUMBANGAN AHLAN RAMADAN 2023 TANDA INGATAN KERAJAAN PAHANG KEPADA RAKYAT

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS, 25 MAC 2023 : Penerima menyifatkan sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang 2023 yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini adalah tanda ingatan Kerajaan Negeri kepada rakyat yang memerlukan.

Puan Norhazmah Hamzah

Menurut Puan Norhazmah Hamzah, 41, dari Felda Sungai Koyan 3 yang mewakili ibu mertuanya, sumbangan ini dapat membantu perbelanjaan semasa bulan Ramadan.

“Alhamdulillah sangat bersyukur sebab kita (rakyat Pahang) ada Yayasan Pahang yang sentiasa memberi sumbangan dan ingat kepada rakyat Pahang.

“Ibu mertua saya tak tahu mengenai sumbangan ini, dia dah tak berapa ingat, ada masalah dari segi ingatan, nanti saya bawa balik boleh tunjuk dekat dia.

“Cadang nak guna untuk kemudahan mak mertua macam nak beli pampers, dan peralatan perubatan dia. Dan sempena Ramadan ini juga ada beli baju untuk dia juga. Jadi saya sebagai rakyat Pahang, penerima, wakil penerima untuk mak mertua saya, sumbangan ini terima kasih kepada Menteri Besar dan Yayasan Pahang,” katanya.

Menurut Puan Ainon@Zainon Dollah Abdullah, 72, dari Felda Sungai Koyan 3 melahirkan kesyukuran di atas sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini.

Puan Ainon@Zainon Dollah Abdullah

“Alhamdulillah syukur atas nikmat kebesaran yang diberi Allah atas sumbangan ini. Cadangnya nak guna untuk beli barang sedikit masa bulan puasa ini. Nak beli barang makan, dan apa-apa yang perlu.

“Rasa seronok, Alhamdulillah dapat jumpa Menteri Besar depan-depan, selalu nampak dekat televisyen sahaja sekarang,” katanya yang berkerusi roda akibat patah kaki sejak 5 tahun lepas.

Sementara itu, menurut Encik Mohd Noor Hasan, 77, dari Felda Sungai Koyan 3 melahirkan rasa gembira diatas bantuan yang diterimanya hari ini.

“Rass gembira, bersyukur kerana ada juga bantuan yang diterima daripada Menteri Besar dan Yayasan Pahang hari ini.

Encik Mohd Noor Hasan

“Buat masa sekarang cadang nak simpan dulu duit sumbangan ini, sebab tak tahu nak beli apa lagi,” katanya.

Sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang 2023 ini diserahkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail kepada 529 penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang 2023 di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Jelai Sungai Koyan 1 hari ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram