Pegawai Pelaburan Perniagaan Negeri Pahang, YH. Dato’ Kamarul’arifin Ahmad @ Abd Rahman (tengah) yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Juadah Makmur kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Dewan Utama Tingkat 3, Kompleks Teruntum, Kuantan.

JUADAH MAKMUR PERKONGSIAN REZEKI KERAJAAN PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 17 MAC 2023 : Pengagihan Juadah Makmur oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada agensi kerajaan terpilih di negeri ini adalah satu perkongsian rezeki yang sangat dihargai.

Puan Che Nor Shamsina Che Yahya

Puan Che Nor Shamsina Che Yahya yang merupakan kakitangan Unit Hal Ehwal Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) turur melahirkan rasa teruja dengan perkongsian juadah ini.

“Saya merasa teruja, Alhamdulillah kerana YAB Menteri Besar Pahang sudi berkongsi rezeki dengan kita sebagai penjawat awam.

“Sebelum ini kita dengar (Juadah Makmur) ini lebih kepada rakyat Pahang tapi tak sangka penjawat awam pun diberi peluang untuk sama-sama menikmati rezeki yang dikongsi ini.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri Pahang, khususnya kepada YAB Menteri Besar Pahang diatas perkongsian rezeki ini,” katanya.

Encik Muhammad Farhan Mohd Kamarulzama

Sementara itu, menurut Encik Muhammad Farhan Mohd Kamarulzaman dari Unit Hal Ehwal Korporat PKNP turut melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas perkongsian ini.

“Saya rasa gembira dan bersyukurlah atas perkongsian ini. Sebelum ini ada dengar pasal ini (Juadah Makmur), kawan-kawan ada dapat.

“Saya tak pernah dapat, tak pernah experience sebelum ini. Ini pertama kali saya dapat (Juadah Makmur) ini,” katanya.

Menurut Puan Faridah Mohd Sidek dari Unit Pengurusan Kualiti, Risiko, dan Integriti PKNP berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang memberi kakitangan PKNP merasa juadah ini.

Puan Faridah Mohd Sidek

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang dan Menteri Besar Pahang atas kesudian memberi PKNP untuk merasa Juadah Makmur ini.

“Sebelum ini pernah dengar sahaja berkenaan pengagihan Juadah Makmur ini di masjid negeri tapi ia diagihkan masa solat Jumaat jadi perempuan tak dapatlah,” katanya.

Sebanyak 150 bungkusan Juadah Makmur diagihkan kepada 14 jabatan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) hari ini oleh Pegawai Pelaburan Negeri Pahang, YH. Dato’ Kamarul ‘Arifin Ahmad@Abd Rahman yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram