Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis, YB. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad (kiri) dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin (kanan)

UMNO SUBURKAN DEMOKRASI, TAMPIL KEMATANGAN PARTI

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 15 MAC 2023 : UMNO komited menyuburkan demokrasi di dalam parti sekali gus menampilkan kematangan di dalam kepimpinan parti itu apabila meletakkan tanggungjawab pemilihan barisan kepimpinan tertinggi parti di tangan para perwakilan seluruh negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis, YB. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis, YB. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad berkata, usaha ini jelas membuktikan kematangan UMNO untuk berubah dan terus bersatu meski pun selepas pemilihan selesai.

“Pada pandangan saya ianya merupakan satu kematangan dalam pemilihan UMNO di mana kalau kita melihat gabungan antara baharu dan lama.

“UMNO telah mengorak langkah yang saya kira baru dan boleh jauh ke depan dan ini merupakan sasaran kita bahawa selepas pemilihan ini hendaklah bersatu sebenarnya, hendaklah kita menggabungkan tenaga, menggemblengkan tenaga di bawah satu kepimpinani iaitu Dato’ Sri Presiden sebagai peneraju,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin berkata, kesungguhan UMNO dalam menyuburkan demokrasi di dalam parti jelas apabila meletakkan kuasa pemilihan kepimpinan di tangan para perwakilan yang akan ditentukan pada 18 Mac depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin

“Kita ingin memperlihatkan bahawa kita mahu menyuburkan demokrasi di dalam UMNO ini dan semua calon dipanggil dan memperkenalkan diri jadi kita telah menjelajah ke seluruh negara dan hari esok merupakan antara destinasi terakhir kita iaitu Kelantan dan Terengganu.

“Sambutannya agak menggalakkan dan kita lihat orang UMNO masih lagi bersemangat untuk sama-sama mengenali calon-calon dan dalam masa yang sama akan memilih calon-calon yang mereka rasakan sesuai untuk menduduki semua jawatan-jawatan yang dipertandingkan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram