YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Ke Johor di Depoh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kuantan.

PAHANG HANTAR BANTUAN BANJIR KE JOHOR

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 3 MAC 2023 : Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM70,535 bantuan kemanusiaan menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Johor.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan ini merupakan tanda prihatin Kerajaan Negeri terhadap mangsa-mangsa banjir di negeri lain kerana Pahang turut merasai kepayahan dan kesusahan setiap kali berhadapan dengan bencana banjir.

“Misi Bantuan Ke Johor ini telah menjadi amalan kita di Pahang kerana sebelum ini pun di Terengganu kita telah beri bantuan, di Selangor pun beri bantuan.

“Di Johor ini saya dimaklumkan hampir 30,000 mangsa terkesan akibat banjir jadi Kerajaan Negeri Pahang terpanggil untuk membantu dalam bentuk barangan”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Ke Johor di Depoh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kuantan.

Hadir sama ialah YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato Sabariah SaidanSaidan.

Katanya, bantuan kemanusiaan tersebut merangkumi toto, tikar, refreshment kit, hygiene kit, lampin kanak-kanak dan air mineral. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram