Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim
KUALA LUMPUR, 4 FEBRUARI 2023 : Atlet dari Pahang yang berada dibawah kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) melahirkan rasa bertuah kerana mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri Pahang secara peribadi.
Atlet sukan olahraga, Nur Sarah Adi berkata pertemuan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal semalam adalah satu penghargaan kepada para atlet dari Pahang.

“Perjumpaan bersama YB. Fadzli hari ini, saya sebagai atlet Pahang rasa amat bertuah kerana dapat kujungan daripada YB dan Majlis Sukan Pahang.
“Saya rasa kunjungan ini satu penghargaan untuk kami para atlet dan ia memberi kami semangat untuk kami lebih fokus dalam acara akan datang. Terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri Panang,” katanya yang berasal dari Maran.
Sementara itu, atlet sukan tenpin boling, Fatin Najihah Ahmad Faik turut melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang diatas perjumpaan pada semalam.

“Terima kasih YB. Fadzli kerana datang pada perjumpaan hari ini. Terima kasih sebab sudi datang dan mengambil berat tentang kami atlet-atlet di perantauan yang training di sini.
“Beliau datang tengok tempat training kami, fasiliti, dan lain-lain. Terima kasih banyak-banyak datang dan bagi kami jam (tangan),” katanya yang berasal dari Temerloh.
Menurut atlet sukan menembak, Wan Mohd Syafiq Wan Mustaza turut melahirkan terima kasih di atas keperihatinan yang ditunjukkam oleh YB. Encik Fadzli dan Kerajaan Negeri Pahang.

“Saya mewakili rakan-rakan atlet Pahang mengucapkan terima kasih kepada YB. Fadzli kerana telah menunjukkan keperihatinan kepada kami (atlet dari Pahang),” katanya yang berasal daripada Kuantan.
YB. Encik Fadzli meluangkan masa hampir dua jam beramah mesra bersama para atlet pada Majlis Perjumpaan Bersama Atlet-atlet Negeri Pahang di Bawah Program Kebangsaan di Auditorium Majlis Sukan Negara Malaysia di Bukit Jalil hari ini yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Encik Zamri Hassan.
Beliau turut menyampaikan cendermata berupa jam tangan kepada 27 atlet Pahang yang hadir sebagai tanda memberi sokongan dan membakar semangat para atlet tersebut. -PAHANGMEDIA