YP Plantations Holding Sdn. Bhd. (YPPH) telah menerima anugerah emas dalam Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2022) Peringkat Kebangsaan.

YP PLANTATIONS HOLDING TERIMA ANUGERAH EMAS AIGA 2022

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 19 JANUARI 2023 : YP Plantations Holding Sdn. Bhd. (YPPH) telah menerima anugerah emas dalam Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2022) Peringkat Kebangsaan.

Anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang berkenaan merupakan salah sebuah daripada enam anak syarikat Yayasan Pahang yang menerima anugerah dalam majlis yang julung kali diadakan di Malaysia.

Anugerah telah disampaikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) kepada Pengarah Urusan YPPH, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi.

Lima lagi anak syarikat Yayasan Pahang yang turut menerima anugerah dalam majlis berkenaan adalah Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP), dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) yang menerima anugerah perak.

Sementara itu, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) menerima anugerah gangsa; dan YP Mining Sdn. Bhd., serta YP Land Sdn. Bhd., telah menerima sijil penyertaaan.

Manakala bagi anugerah perak pula diterima oleh Naib Canselor UCYP, Profesor Dato’ Dr Ahmad Zainudin; dan Pengurus Besar KYPAS, Puan Norliza Abd Mubin.

Turut hadir, YAB Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusuf mewakili YAB. Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Anugerah AIGA 2022 ini, mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menunjukkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus dan anti rasuah dalam organisasi. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram