Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak ketika a Sesi Kunjung Hormat dan Taklimat Ringkas Bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) di Indera Mahkota

PENDIDIKAN SENTIASA MENJADI AGENDA UTAMA KERAJAAN PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 19 JANUARI 2023 : Bidang pendidikan sentiasa menjadi agenda yang diberi keutamaan oleh Kerajaan Pahang meliputi semua institusi pendidikan yang ada.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, ini dapat dilihat daripada penekanan yang diberikan oleh Kerajaan Pahang dari aspek pembangunan sumber manusia di negeri ini.

“Kita dapat penuhi aspirasi seperti mana yang telah dihasratkan oleh bukan sahaja kepimpinan di peringkat negeri malahan di Kerajaan Pusat iaitu melahirkan pelajar cemerlang dan mempunyai sahsiah yang hebat sesuai dengan tuntutan sebagai khalifah.

“Agenda pendidikan juga sentiasa menjadi agenda utama di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang. Kita telah lihat betapa penekanan diberikan kepada aspek sumber manusia modal insan ini.

“Ia bermula daripada peringkat yang paling rendah, sehinggalah ke peringkat tinggi. Malahan lahir sahaja di Pahang ini, kita telah pastikan bahawasanya anak-anak ini akan diberikan perhatian dan pembelaan dengan asas yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sesi Kunjung Hormat dan Taklimat Ringkas Bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) di Indera Mahkota, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Mohammad Rosli Abdul Rahman.

Beliau berkata kesemua insentif dan bantuan yang diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira peringkat di negeri ini juga berupaya membantu menaiktaraf pendidikan di Pahang. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram