Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Sayap (Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

MUHASABAH DIRI, BERTINDAK HADAPI PRU16

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslim Abd Rahim

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2023 : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyeru para perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri dapat bermuhasabah dan menerima realiti perubahan parti politik pada Pilihan Raya Umum (PRU15) baru-baru ini.

Jelasnya, kekalahan pada PRU15 perlu dijadikan pemangkin untuk UMNO bangkit semula sebagaimana intipati ucapan pada oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan pada Majlis Perasmian Persidangan Sayap (Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, malam semalam.

Antara perwakilan Pahang yang hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Sayap (Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

“Saya fikir para perwakilan Pemuda, Puteri dan Wanita haruslah mencerna (digest) ucapan Timbalan Presiden UMNO tadi dijadikan satu azimat dan perlu muhasabah diri dan kita perlu bertindak daripada sekarang untuk menghadapi PRU ke-16, kita kena berubah,” katanya.

Beliau turut berharap agar semua perwakilan dapat dapat bersidang dengan baik, berbincang dengan baik secara profesional, jangan emosi dan perlu lebih rasional.

Setiausaha Pemuda UMNO Pahang, Encik Mohd Tasyrif Sabaruddin.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda UMNO Pahang, Encik Mohd Tasyrif Sabaruddin berkata, intipati ucapan oleh Timbalan Presiden UMNO, sangat menekankan aspek penyatuan ahli-ahli parti dalam meraih kepercayaan di kalangan orang ramai terhadap UMNO.

“Agenda penyatuan di dalam UMNO itu harus diutamakan, mesti diutamakan untuk kita meneruskan legasi UMNO ini dan juga apa yang saya faham bahawa kita sebagai orang UMNO harus mengurangkan ‘politicing’ kerana dari situ sekiranya kita tidak dapat menanganinya, maka perpecahan akan terus berlaku,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram