Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
CAMERON HIGHLANDS, 07 JANUARI 2023 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan bercemar duli berangkat ke Kampung Orang Asli Kuala Boh di sini.
Selain beramah mesra, Tuanku juga berkenan mengurniakan kurniaan kepada 127 keluarga di kampung berkenaan.
Seri Paduka Baginda yang memandu sendiri tiba pada 10.44 pagi, turut bertitah supaya lebih banyak lagi rumah kos rendah di bina di kawasan kampung berkenaan.
Baginda juga turut bertitah agar pembinaan menara telekomunikasi dapat dibina di kampung berkenaan memandangkan tiada liputan di perkampungan tersebut.
“Nanti kita usahakan (talian internet), dan Dato’ wakil rakyat akan cuba dapatkan peruntukan baru untuk bina menara (telekomunikasi),” titah baginda.
Turut hadir, Turut hadir, YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Ramli Dato’ Mohd Noor; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; dan exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Johari Harun. -PAHANGMEDIA