Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, YH. Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin dan Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman bersama beberapa anggota sukarelawan yang akan menyertai misi penghantaran bantuan banjir ke Terengganu di Depa Simpanan Keperluan JKM Pahang di Kampung Tiram, Kuantan hari ini.

KERAJAAN PAHANG HANTAR BANTUAN BANJIR KE TERENGGANU

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi’

KUANTAN, 21 DISEMBER 2022 : Kerajaan Pahang memulakan misi penghantaran bantuan banjir berjumlah RM150,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Negeri Terengganu.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan berkata, bantuan itu dihantar menerusi Misi Bantuan Sukarelawan Pasca Banjir dengan menyediakan pelbagai kelengkapan asas kepada semua mangsa banjir terlibat.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang melakukan flag-off misi penghataran bantuan banjir ke Terengganu di Depo Simpanan Keperluan JKM Pahang di Kampung Tiram, Kuantan hari ini.

“Kerajaan Negeri Pahang membantu Terengganu dengan menghantar beberapa bantuan dalam bentuk barangan antaranya toto sebanyak 300 unit, selimut 300, tikar 400, kain batik, 300, kain pelekat 300, kit bencana 1,000, lampin pakai buang bagi kanak-kanak dan orang tua 300, ‘refreshment kit’ sebanyak 500 yang dihantar ke Kemaman, manakala bantuan yang dihantar ke Marang pula adalah air mineral sebanyak tujuh pallet,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada majlis Flag-off Misi Bantuan Sukarelawan Pasca Banjir 2022 ke Kemaman, Terengganu, di Depo Simpanan Keperluan JKM Pahang di Kampung Tiram, di sini petang tadi.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad membantu memunggahkan barangan keperluan ke dalam lori untuk dihantar kepada mangsa banjir di Terengganu di Depo Simpanan Keperluan JKM Pahang di Kampung Tiram, Kuantan hari ini.

Hadir sama ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, YH. Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin dan Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman.

Misi tersebut turut disertai 15 sukarelawan yang terdiri daripada Agensi Kerajaan seperti JKM Negeri Pahang dan APM Negeri Pahang serta beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang.

Menurut YB Dato’ Sabariah, bantuan ini merupakan permulaan kepada negeri-negeri yang terlibat banjir di Malaysia kerana bantuan seterusnya akan terus disalurkan kepada mangsa banjir sekiranya diperlukan.

Sementara itu, katanya, bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Pahang adalah baik dan berjalan lancar di mana setiap mangsa dan keluarga telah pun menerima bantuan ketika ditempatkan di PPS bagi kawasan masing-masing di seluruh Pahang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram