YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama tetamu jemputan serta pelukis Ahmad Nazrin @ Khairul Annuar pada perasmian Pameran Lukisan Solo Ahmad Nazrin @ Khairul Annuar di Lobo ARTIC Gallery, Arked MARA, Kuantan hari ini.

PAHANG SENTIASA BERI GALAKAN KEPADA BAKAT SENI BAHARU

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 15 DISEMBER 2022 : Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memberi galakan kepada bakat-bakat seni baharu di negeri ini supaya dapat menonjolkan bakat yang mereka miliki.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini selari dengan pelantikan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, iaitu bagi mempromosi semua produk berkaitan di negeri ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melihat pameran lukisan yang dihasilkan oleh Ahmad Nazrin @ Khairul Annuar pada perasmian Pameran Lukisan Solo Ahmad Nazrin @ Khairul Annuar di Lobo ARTIC Gallery, Arked MARA, Kuantan hari ini.

“Kita sentiasa memberi galakan dan beri inisiatif kepada bakat-bakat baharu. Memang itu tujuan kita. Sebab itu kita ada Exco Pelancongan, Kebudayaan, Perpaduan untuk promote apa jua produk-produk baharu daripada negeri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Lukisan Solo Ahmad Nazrin @ Khairul Annuar di Lobo ARTIC Gallery, Arked MARA, Kuantan hari ini.

Turut hadir, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin; Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man; Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Tuan Ir Razali Kassim; Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Johari Harun; dan Pegawai Daerah Kuantan, YM Mejar (K) Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah.

Mengulas mengenai pameran lukisan yang diadakan, beliau berkata ini merupakan satu pendedahan yang menarik kepada masyarkaat berkenaan keunikan hasil kesenian.

“Alhamdulillah program hari ini sangat baik, mendedahkan kepada orang ramai contohnya di setiap daerah ada dipamerkan gambar-gambar lukisan Cikgu Nazrin dan ianya satu yang luar biasa, saya tidak pernah tengok sebelum ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melihat pameran lukisan yang dihasilkan oleh Ahmad Nazrin @ Khairul Annuar pada perasmian Pameran Lukisan Solo Ahmad Nazrin @ Khairul Annuar di Lobo ARTIC Gallery, Arked MARA, Kuantan hari ini.

“Dia (Cikgu Nazrin) lukis dengan tangan memang sangat menarik dan saya minta supaya orang ramai datang ambil peluang datang kerana ini tidak dapat dilihat di tempat lain. Satu lukisan yang sangat menarik dan setiap daerah ada lukisan daripada Cikgu Nazrin. Ini satu pendedahan kepada masyarkat dan seharusnya masyarkat mengambil tahu apakah perkara-perkara menarik yang ada di negeri kita,” katanya.

Sementara itu, menurut YB. Cik Leong, beliau bercadang ingin mengumpulkan dan bertemu dengan para pelukis di negeri ini.

“Dan saya amat bersyukur kerana sebenarnya untuk Negeri Pahang kita ada ramai artist yang berpotensi dan kita berharap bahawa usaha baik Kerajaan Negeri Pahang yang dulu, kita teruskan dan pada masa yang sama kita cari jalan bagaimana kita ada input baharu untuk membantu bukan sahaja untuk artist-artist tempatan dan juga untuk membangunkan lagi kebudayaan dan menerapkan unsur-unsur kebudayaan dalam pelancongan di Negeri Pahang ini.

“…untuk membangunkan kesenian atau artist-artist untuk dapat membangun di negara kita bukan senang. Selepas ini saya akan kumpul dan jumpa pelukis-pelukis di negeri Pahang ini,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melihat pameran lukisan yang dihasilkan oleh Ahmad Nazrin @ Khairul Annuar pada perasmian Pameran Lukisan Solo Ahmad Nazrin @ Khairul Annuar di Lobo ARTIC Gallery, Arked MARA, Kuantan hari ini.

Mengulas mengenai program pertama beliau setelah dilantik sebagai Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang semalam, beliau berkata kini dalam proses belajar dan bertemu agensi berkaitan.

“Saya baru dapat portfolio saya sebagai Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang semalam tapi hari ini saya telah mula dapat briefing daripada agensi-agensi Kerajaan.

“Dan untuk satu dua minggu ini saya dalam proses untuk mempelajari portfolio baharu termasuk berjumpa dengan Tourism Pahang, Jabatan Perpaduan dan urusetia-urusetia,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram