Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Perasmian Penutupan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1444H / 2022M di Hotel Swiss-Bell Kuantan, hari ini.

KERAJAAN PAHANG KOMITED PERKASAKAN ISLAM

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 15 DISEMBER 2022 : Kerajaan Pahang komited untuk memperkasakan agama Islam di negeri ini menerusi penganjuran pelbagai program dan acara keagamaan di seluruh Pahang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk memastikan agama dan pendidikan di Pahang dapat diperkasakan agar diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

“Sememangnya menjadi impian dan usaha gigih Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang dan kebetulannya saya diamanahkan oleh YAB Menteri Besar serta KDYMM Tuanku dengan kepercayaan yang diberikan untuk membantu hal ehwal agama ini,” katanya.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Perasmian Penutupan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1444H / 2022M di Hotel Swiss-Bell Kuantan, hari ini.

Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1444H / 2022M di Hotel Swiss-Bell Kuantan.

Hadir sama ialah Ilmuan daripada Universiti Al-Azhar Mesir, Profesor Dr. Jamal Faruq Jibril Mahmud Al-Daqqaq, barisan Exco Kerajaan Pahang, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.

Pada majlis itu seramai 30 peserta terdiri daripada 15 peserta lelaki dan 15 peserta wanita menyertai pertandingan hafazan itu dengan tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori 1-10 Juzuk, 1-20 Juzuk dan 1-30 Juzuk.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1444H / 2022M di Hotel Swiss-Bell Kuantan, hari ini.

Bagi kategori lelaki 1-10 Juzuk dimenangi oleh Muhammad Adib Rusyaidi Muhamad Puad dari Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang, Kedua Isa Dzarif Arif Bistami dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan tempat ketiga dimenangi oleh Ahmad Yaseer Mohd Najid juga dari MTNP.

Kategori wanita 1-10 Juzuk pula dimenangi oleh Nur Syafiqah Kamaruzaman dari Bandar Indera Mahkota, Kuanta, kedua Nur Asiah Maisarah Abu Bakar dari MTNP dan ketiga Nur Faqihah Auni Zaharim dari Maahad Tahfiz Al-Istiqamah, Temerloh.

Bagi kategori lelaki 1-20 Juzuk pula dimenanangi oleh Muhammad Jibril Mohd Hanafiah dari MTNP yang juga dinobatkan sebagai peserta terbaik peringkat Negeri Pahang, tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Naim Rossul juga dari MTNP dan ketiga Basyir Khairul Azmi dari Maahad Tahfiz Darul Fikri Kuantan.

Kategori wanita 1-20 Juzuk pula dimenangi oleh Nur Farhana Mohd Juhari dari MTNP, kedua Najwa Sakinah Mohd Saikhudin dari Taman Peramu Permai, Pekan dan ketiga Anis Safiyyah Zakri dari Kulliah Al-Lughah Waddin Sultan Abu Bakar, Pekan.

Bagi kategori lelaki 1-30 Juzuk pula dimenanangi oleh Muhammad Haziq Mohammad Dzulkhairy dari Taman Guru, Kuantan, tempat kedua Ahmad Imran Azaha dari Darul Uloom Al-Islamiyah, Jerantut dan ketiga Nabhan Razali dari Maahad Tahfiz Darul Fikri Kuantan.

Kategori wanita 1-30 Juzuk pula dimenangi oleh Nur Alya Farhani Mohd Ghazali dari Taman Jarola Mawar, Pekan, tempat kedua Raudhatun Najah Rashidi dari Taman Mahkota Idaman, Kuantan manakala tempat ketiga dimenangi Nurul Nadzirah Mohd Syafiee dari Peramu Jaya 3, Pekan.

Kesemua mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai mengikut kategori masing-masing dan sijil penyertaan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram