KUANTAN, 9 DISEMBER 2022: Kerajaan Pahang mula melaksanakan program Juadah Makmur yang laksanakan selepas solat Jumaat bermula pada hari ini.
Program yang julung kali diadakan ini merupakan cetusan idea YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sebagai satu pendekatan baharu untuk rakyat Pahang dengan peruntukan RM11 juta setahun.

Buat pertama kalinya, program ini diadakan di daerah Lipis yang melibatkan Dewan Negeri Jelai, Benta dan Padang Tengku, dan akan diperluaskan lagi ke masjid-masjid seluruh Pahang selepas ini.
Menerusi laman Facebook beliau, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy mengharapkan dengan pelaksanaan program seumpama ini, hubungan antara rakyat dan juga Kerajaan Negeri akan menjadi lebih erat untuk kesejahteraan dan kemakmuran bersama.-PAHANGMEDIA