YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Makan Malam Gabungan 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Rompin di Dewan Terbuka Rompin di Rompin

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM50,000 KEPADA 30 NGO DI ROMPIN

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

ROMPIN, 5 DISEMBER 2022 : Kerajaan Pahang menyumbangkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Daerah Rompin.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan tersebut diperuntukkan bagi membolehkan NGO tersebut menjalankan pelbagai aktiviti dan program demi manfaat masyarakat.

“Kita beri sumbangan kepada mereka supaya mereka dapat menjalankan aktiviti, program dan sebagainya kerana apabila mereka tiada kedudukan kewangan bagaimana mereka ingin menjalankan program. Dengan adanya RM50,000 itu mereka boleh buat macam-macam program, boleh silaturrahim, riadah, gotong-royong, boleh mengadakan kursus dan macam-macam lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Makan Malam Gabungan 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Rompin di Dewan Terbuka Rompin di Rompin, semalam.

Sebelum itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy sempat hadir pada Program Himpunan Bikers Rompin yang melibatkan seramai 1,000 bikers yang diadakan di Pantai Hiburan di Rompin.

Program Himpunan 1,000 Bikers itu diadakan bagi mendedahkan golongan anak muda dan belia agar bijak membuat pilihan ketika ingin mengundi calon-calon pemimpin di kawasan Dewan Negeri (DN) Tioman pada Rabu ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram