Calon BN DN Tioman, Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain

BN AGRESIF DEKATI PENGUNDI TIOMAN SEBELUM HARI MENGUNDI

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

ROMPIN, 4 DISEMBER 2022 : Barisan Nasional (BN) akan terus agresif mendekati para pengundi di kawasan Dewan Negeri (DN) Tioman dalam tempoh berbaki dua hari hari sahaja lagi.

Calon BN DN Tioman, Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, BN turut mendapat kerjasama daripada Pakatan Harapan (PH) yang telah bergabung sebagai satu pasukan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Persekutuan.

“Semua memainkan peranan, saya dihubungi oleh semua wakil parti tersebut menyatakan komitmen dan telah pun melakukan beberapa siri bersama, di atas pentas yang sama bersama calon mahu pun mereka yang berceramah untuk berkempen dari semasa ke semasa sehinggalah hari akhir sebelum pengundian nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Santai Petang bersama penduduk Kampung Jawa di Rompin, petang tadi.

Hadir sama pada majlis itu ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Dalam pada beliau berkata, BN turut merangka strategi untuk membawa pulang pengundi-pengundi DN Tioman yang berada di luar supaya dapat pulang untuk mengundi pada 7 Disember nanti.

Beliau menyifatkan tindakan itu merupakan satu usaha yang bijak dan baik dalam menyantuni pengundi-pengundi yang dapat membantu kepada kemenangan parti BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) kali ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram