POLIS PAHANG TERIMA 431 LAPORAN PASCA PRU15

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 21 NOVEMBER 2022 : Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang menerima sebanyak 431 laporan Pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga semalam.

Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah sebanyak 43 kertas siasatan telah dibuka termasuklah dua kertas siasatan telah dibuka berhubung laporan kekecohan yang berlaku di Pusat Mengundi di Daerah Temerloh.

“Siasatan dibuka di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam satu Kenyataan Media PRU15 oleh PDRM Kontinjen Pahang, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada 20 November 2022 sebanyak sembilan laporan diterima namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sehubungan itu, Dato’ Sri Ramli berkata, pasukan polis sentiasa bersiap siaga dalam pasca PRU15 dan sebarang kemungkinan ekoran perubahan kerajaan.

Jelasnya, polis tidak akan teragak-agak untuk menangani mana-mana pihak yang cuba menggugat ketenteraman dan mengancam keselamatan Negeri Pahang.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung pada PRU15 kerana memberikan kerjasama bagi memastikan PRU15 berjalan dengan lancar. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram