YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang bersama Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH) dan Penyerahan Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands

RM41 JUTA PEMBIAYAAN DANA AGROMAKANAN DILULUSKAN DI PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

CAMERON HIGHLANDS, 24 OKTOBER 2022 : Sebanyak RM41 juta jumlah pembiayaan melibatkan 187 permohonan bagi Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Makanan Peringkat Negeri Pahang telah diluluskan setakat ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat 15 Oktober lepas, Agrobank menerusi pejabat wilayah Pahang telah menerima sebanyak 304 permohonan dengan nilai RM75 juta.

“Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM) yang berjumlah RM1 bilion telah diumumkan pada bulan Jun yang lalu.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang bersama Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH) dan Penyerahan Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands

“Dana Pembiayaan ini adalah inisiatif bagi menjamin kesinambungan aktiviti pengeluaran makanan negara yang melibatkan pelbagai komoditi makanan utama negara.

“Dan saya juga difahamkan, banyak permohonan yang sedang diproses Agrobank, dan dijangka akan diluluskan dalam tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang bersama Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH) dan Penyerahan Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands.

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; dan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Mohd. Soffi Tan Sri Abdul Razak.

Beliau berkata Kerajaan Pahang juga berharap kerjasama di antara pihak Kerajaan, Agrobank dan agensi-agensi lain dalam memajukan sektor ini dapat diteruskan untuk manfaat rakyat dan negeri ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram