Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Lembing, YB. Dato’ Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah

SIDANG DEWAN NEGERI : JALAN SUNGAI LEMBING-JERANTUT HUBUNGKAN PAHANG BARAT DAN TIMUR

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 11 OKTOBER 2022 : Pembinaan jalan Sungai Lembing – Jerantut dapat menjadi penghubung bagi kawasan Pahang Timur dan Pahang Barat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Lembing, YB. Dato’ Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah berkata pembinaan ini juga dapat menjimatkan tempoh perjalanan ke kawasan Pahang Barat.

“Dengan cadangan pembinaan jalan dari Sungai Lembing ke Jerantut, atau Sungai Lembing ke Lepar Utara nanti, akan memudahkan lagi dan meningkatkan lagi pelancong.

“Selain itu, kawasan Pahang Timur dan Pahang Barat akan bersambung. Sekarang ini antara Pahang Timur dan Pahang Barat, daripada Kuantan nak pergi ke Lipis, ke Cameron Highlands jauh.

“Dengan adanya cadangan jalan tersebut akan dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan memudahkan lagi perhubungan, di samping perkembangan Bandar Tun Razak sendiri akan semakin maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Ahli Dewan Negeri semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan pembinaan projek bekalan air di Sungai Puling bernilai RM400 juta yang diharap dapat menaiktaraf bekalan air di Sungai Lembing dan Kuantan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram