Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustafa Haji Long ketika esi perbahasan Ahli Dewan Negeri semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini

SIDANG DEWAN NEGERI : MERAPOH DICADANG JADI BANDAR ALAM SEMULAJADI

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 11 OKTOBER 2022 : Merapoh dicadangkan untuk dibangunkan sebagai Bandar Alam Semulajadi bagi mengiatkan sektor pelancongan di negeri ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustafa Haji Long berkata ia sebagai cara mengekspotasi sumber alam semulajadi yang banyak di negeri ini.

“Kita mencadangkan Merapoh diiktiraf sebagai kawasan pelancongan penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa seperti mendaki gunung dan sebagainya tetapi beberapa kemudahan asas seperti jalan, tandas, jeti perlu dipertingkatkan.

“Pelan Pembangunan Merapoh juga telah dirangka oleh Exco Pelancongan bersama Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa pada 2014, bagi perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Ahli Dewan Negeri semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Beliau berkata Merapoh juga mempunya Taman Negara Sungai Relau yang mana berpotensi menarik minat pengunjung sebagai destinasi pelancongan alam sekitar.

“Seperti perjalanan ke Dabong, kita juga ada di Merapoh. Jadi saya tak nampak kenapa kita tak boleh promosi Merapoh seperti Dabong,” katanya.

Tambah beliau lagi, pelancongan landasan juga dilihat mula mendapat tempat dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

“Dalam tempoh tiga bulan saya telah terima dua pelancong kereta api iaitu 40 dari Bahau dan 30 dari KL Sentral yang mana mereka datang dalam tempoh yang singkat pada hujung minggu.

“Tetapi tiada pihak yang hendak melayani mereka. Saya cadangkan kita perlu lantik pemandu pelancong yang tahu sejarah dan selok belok budaya setempat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram