Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim
KUANTAN, 7 OKTOBER 2022 : Pertambahan sebanyak 295,538 pengundi baharu direkodkan di negeri ini sejak Undi 18 Tahun dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA) diluluskan.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata ini melibatkan 42 Dewan Negeri yang ada di negeri ini.
“Bagi Parlimen Cameron Highlands, di DN Tanah Rata ada pertambahan sebanyak 6,883 pengundi, di DN Jelai (5,818). Bagi Parlimen Lipis, di DN Padang Tengku (4,791), DN Cheka (4,278), dan DN Benta (2,309). Bagi Parlimen Raub, di DN Batu Talam (4,629), DN Tras (9,498), dan DN Dong (3,457). Bagi Parlimen Jerantut di DN Tahan (5,405), DN Damak (9,299), dan DN Pulau Tawar (7,834). Bagi Parlimen Indera Mahkota di DN Beserah (18,614), dan DN Semambu (20,350).
“Bagi Parlimen Kuantan, DN Teruntum (6,683), DN Tanjung Lumpur (11,612), dan DN Inderapura (4,975). Bagi Parlimen Paya Besar, DN Sungai Lembing (4,352), DN Lepar (7,344), dan DN Panching (10,564). Bagi Parlimen Pekan, DN Pulau Manis (7,655), DN Peramu Jaya (9,329), DN Bebar (6,308), dan DN Chini (4,707). Bagi Parlimen Maran, DN Luit (3,741), DN Kuala Sentul (4,306), DN Kuala Sentul (4,306), dan DN Chenor (4,017). Bagi Parlimen Kuala Krau, DN Jenderak (3,311), DN Kerdau (2,906), DN Jengka (6,208).
“Bagi Parlimen Temerloh, DN Mentakab (10,761), DN Lanchang (8,405), DN Kuala Semantan (9,650). Bagi Parlimen Bentong, DN Bilut (5,443), DN Ketari (7,143), DN Sabai (3,686), dan DN Pelangai (3,824). Bagi Parlimen Bera, DN Guai (4,980), DN Triang (6,031), dan DN Kemayan (8,327). Bagi Parlimen Rompin, DN Bukit Ibam (8,091), DN Muadzam Shah (9,108), dan DN Tioman (8,903),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.
Katanya, sebelum ini jumlah pengundi yang direkodkan adalah sebanyak 832,150 dan selepas kelulusan kedua-dua pendaftaran tersebut menjadikan jumlah baharu sebanyak 1,137,643 pengundi. -PAHANGMEDIA