Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura, YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif berkenaan cadangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan perkhidmatan baharu berkaitan Kerajaan dalam aplikasi PahangGo dan kutipan hasil aplikasi berkenaan dalam sesi soal jawab pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini

SIDANG DEWAN NEGERI : PAHANGGO KUTIP RM1.2 JUTA SEBULAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 7 OKTOBER 2022 : Aplikasi mobile PahangGo telah mengutip sebanyak RM1.2 juta daripada 160,000 transaksi yang dilakukan pengguna dalam tempoh sebulan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, transaksi ini dijalankan menggunakan perkhidmatan yang ada di dalam aplikasi mobile berkenaan.

“Jumlah transaksi adalah sebanyak 160,000 transaksi yang berjumlah sebanyak RM1.2 juta sebulan.

“Sehingga kini perkhidmatan yang ada dalam aplikasi mobile PahangGo adalah pembayaran cukai tanah, cukai pintu, carian tanah, pembayaran parking di Kuantan, Cameron Highlands, Maran, Bentong, dan Jerantut, dan beberapa perkhidmatan lagi,” katanya.

Beliau berkata PahangGo juga akan melaksanakan eWallet Pahang bagi memudahkan perkhidmatan dan memudahkan penyaluran bantuan kepada rakyat.

“PahangGo juga dalam perancangan akhir untuk melaksanakan Wallet Pahang. Menerusi aplikasi tersebut yang akan membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat agar lebih terkawal dan mudah untuk dipantau.

“Saya berharap rakyat Pahang akan terus menyokong aplikasi mobile PahangGo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura, YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif berkenaan cadangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan perkhidmatan baharu berkaitan Kerajaan dalam aplikasi PahangGo dan kutipan hasil aplikasi berkenaan dalam sesi soal jawab pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram