Oleh: Zulkhairil Zainuddin
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
PUTRAJAYA, 24 SEPTEMBER 2022: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat melihat persiapan akhir 8th ASEAN Traditional Textiles Symposium 2022 di Hotel Marriott Putrajaya, di sini hari ini.

Symposium yang dianjurkan oleh Yayasan Tenun Pahang Diraja membawa tema “Celebrating Textiles: A Journey” akan berlangsung di hotel berkenaan selama enam hari bermula 25 hingga 30 September 2022.

Simposium itu bertujuan untuk membincangkan dan berkongsi maklumat dalam isu berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ASEAN dan rantau lain melibatkan 19 pembentangan dan 300 peserta daripada seluruh negara ASEAN.
Selain simposium, turut diadakan pameran tekstil tradisional, demonstrasi pembuatan kraf dan jualan kraf dari dalam dan luar negara.-PAHANGMEDIA