SUKMA 2022 : PAHANG KUTIP 22 PINGAT EMAS

KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2022 : Kontinjen Pahang berjaya meraih 22 pingat emas, 21 perak dan 27 gangsa dengan menduduki tempat kesembilan dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Skuad menembak Pahang paling banyak menyumbang pingat kepada Kontinjen Pahang iaitu dengan meraih lapan pingat emas, lima perak dan empat gangsa.

Ia diikuti olahraga sebanyak lima pingat emas, dua perak dan empat gangsa manakala pencak silat pula dua emas, empat perak dan enam gangsa.

Selain itu, pasukan hoki lelaki dan wanita Pahang juga mendominasi aksi final selepas menewaskan lawan masing-masing bagi membawa pulang pingat emas.

Seramai 625 peserta kontinjen termasuk 68 orang jurulatih, pegawai perubatan, dan urusetia akan mewakili Pahang dalam temasya selama sembilan hari yang menawarkan 426 acara membabitkan 223 acara lelaki, 184 wanita dan 19 campuran daripada 31 jenis sukan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram