Atlet tenpin boling, Nur Shafiqah Nabihah Azuddin berjaya menyambar satu pingat emas dalam acara master wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Sunway Megalanes, Subang hari ini.

SUKMA 2022 : BOLING SUMBANG SATU EMAS BUAT PAHANG

KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2022 : Skuad tenpin boling Pahang berjaya menyambar satu pingat emas dalam acara master wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Sunway Megalanes, Subang di sini hari ini.

Kejayaan itu dilakar menerusi aksi bertenaga Nur Shafiqah Nabihah Azuddin yang menewaskan Durriyah Ibrahim dari Kedah 2-0.

Dalam perlawanan itu, Nur Shafiqah Nabihah berjaya mencatatkan sebanyak 426 jatuhan pin manakala lawannya, Durriyah sebanyak 380 jatuhan pin.

Sementara itu, pasukan gimrama Pahang berjaya meraih pingat perak menerusi acara berkumpulan exercise 5 rope.

Sementara itu, Skuad memanah hari ini juga berjaya merangkul satu pingat emas dalam acara recurve lelaki berpasukan akhir di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai.

Trio Pahang, Muhammad Farhan Hakim A. Rhyme, Muhammad Haiqal Danish Syamsul Affandi dan Muhammad Irsyad Danial Mohd Irwan itu berjaya menewaskan pasukan Kelantan 6-0 dengan mencatatkan pungutan mata 162. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram