Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika mengampaikan Pahang Pride Kid bagi 72 orang penerima di bawah Dewan Negeri (DN) Bebar.

PAHANG KOMITED BERI PULANGAN KESTABILAN KEPADA RAKYAT

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Mahathir Ali

PEKAN, 22 SEPTEMBER 2022 : Kerajaan Pahang terus komited menyalurkan bantuan-bantuan bertepatan dengan keperluan semasa rakyat terutamanya kepada golongan kurang berkemampuan dan menghargai setiap lapisan masyarakat.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menyalurkan bantuan boleh dilihat hampir setiap hari.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

“Hari ini saya telah menyampaikan cek-cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada penerima-penerima melibatkan pelbagai bentuk masalah dan keperluan.

“Saya turut meneruskan ziarah penduduk-penduduk yang menghadapi kesusahan supaya sumbangan atau bantuan-bantuan yang sepatutnya dapat kita salurkan kepada kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Muhibbah Masyarakat Dewan Negeri Bebar di Pusat Internet Komuniti di Kampung Permatang Pauh, di sini hari ini.

Beliau turut menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri, Pahang Pride Kasih dan Pahang Pride Kid bagi 72 orang penerima di bawah Dewan Negeri (DN) Bebar.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Pekan (Pembangunan), Puan Nursafariza Ihsan serta Penolong Penyelaras Pejabat YB Ahli Parlimen Pekan, Tuan Haji Mohd Tahar Ismail.

Sementara itu beliau berkata, mana-mana penduduk yang memerlukan bantuan perlu tampil untuk diberi perhatian selain tanggungjawab pemimpin setempat mengenalpasti golongan berkenaan.

“Saya berharap semua bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk yang menghadapi kesukaran kini. Kita ingin pastikan segala agenda Kerajaan Negeri untuk pastikan rakyat hidup sempurna tercapai.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Pahang kerana berjaya menghulurkan bantuan-bantuan yang sentiasa memenuhi keperluan semasa rakyat,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram