NILAI, 22 SEPTEMBER 2022 : Skuad memanah hari ini berjaya merangkul satu pingat emas dalam acara recurve lelaki berpasukan akhir pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 hari ini.
Pada peringkat akhir di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, trio Pahang, Muhammad Farhan Hakim A. Rhyme, Muhammad Haiqal Danish Syamsul Affandi dan Muhammad Irsyad Danial Mohd Irwan itu berjaya menewaskan pasukan Kelantan 6-0 dengan mencatatkan pungutan mata 162.
Jumlah itu sudah memadai untuk mereka menewaskan trio Kelantan Ahmad Taufiiqul Hakim Romatan, Amir Aidiq Zuraidi dan Wan Muhammad Rasydan Wan Mohd Hazrim yang mengumpul 149 mata. – PAHANGMEDIA