Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Acara Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 di Pantai Lagenda di Pekan.

PAHANG OCEAN PADDLE INTERNATIONAL CHALLENGE 2022 TARIK 186 PESERTA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

PEKAN, 08 SEPTEMBER 2022 : Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 (POPIC 2022) telah menarik 186 penyertaan secara keseluruhan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata acara sukan kanu terbesar di Asia Tenggara yang bermula semalam di Pantai Hiburan, Rompin telah menerima penyertaan melibatkan 12 buah negara.

“Seramai 132 peserta daripada tempatan, dan 54 peserta antarabangsa dan seramai 186 peserta secara keseluruhannya.

“Kita merasa bangga kerana kita dapat menjemput lebih kurang 12 negara antaranya New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Kanada, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun, Iran, dan juga China untuk sama-sama turut serta dengan kita pada lima perlumbaan yang bermula semalam dan tamat pada Ahad ini iaitu 11 September,” katanya.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Acara Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 di Pantai Lagenda di Pekan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Acara Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 di Pantai Lagenda di sini hari ini.

Turut hadir, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin; Timbalan Pengerusi Tourism Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali; Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Manis, YB. Dato’ Khairuddin Mahmud; Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim; dan Ketua Pegawai Eksekutif Stagemaker Sdn. Bhd., Encik Emir Abd Jalal.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk menjadikan acara sukan kanu sebagai acara tahunan di negeri ini bermula tahun ini.

“Ini merupakan acara sukan berkanu pertama yang dijalankan di negeri ini, dan kita akan membuat penilaian terhadap sebarang kelemahan dan mendapatkan maklumbalas daripada peserta yang mengambil bahagian.

“Tapi tahun depan kita akan buat lagi, dimana kita akan jadikan acara ini sebagai signature di negeri ini seperti acara Cultra (Cameron Highlands Ultra) dan lain-lain.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin.

“Dan tarikh ini akan kita bercadang untuk jadikan tarikh acara ini pada tahun hadapan tapi yang paling penting ia mestilah jatuh pada cuti sekolah,” katanya.

Tambah beliau lagi, acara ini juga adalah disifatkan sebagai serampanh dua mata kepada para peserta dan juga Kerajaan Negeri.

“Bagi Kerajaan Negeri, kita dapat dalam RM3 juta hingga RM4 juta janaan bagi ekonomi setempat dengan penganjuran acara sukan ini.

“Manakala bagi para peserta pula, di sini merupakan medan kepada mereka menunjukkan bakat kepada para pencari bakar yang hadir pada pertandingan ini,” katanya.

Pertandingan POPIC 2022 ini menawarkan ganjaran wang tunai keseluruhan berjumlah RM300,000 dengan tujuh kategori dipertandingkan iaitu Antarabangsa Lelaki dan Wanita; Kebangsaan (lelaki); Kebangsaan Tandem (lelaki dan wanita) serta Inter Varsiti (lelaki dan wanita).

Ia juga merangkumi lima peringkat bermula di Pantai Hiburan, Rompin diikuti Pantai Lagenda; Pekan (hari ini); 3 di Pantai Balok, Kuantan (Jumaat); di Pantai Cherating, Kuantan (Sabtu) dan di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan (Ahad). -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram