Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika Majlis Perasmian Program Tahfiz Mahir Yayasan Pahang di Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang, di Kuantan, pagi tadi.

YAYASAN PAHANG TAWAR PROGRAM KEMAHIRAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 7 SEPTEMBER 2022 : Yayasan Pahang menawarkan program kemahiran khusus kepada pelajar-pelajar tahfiz di seluruh Pahang sebagai usaha meningkatkan kemahiran di kalangan mereka dalam memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pelbagai kursus kemahiran ditawarkan di bawah Program Tahfiz Mahir Yayasan Pahang bagi menarik minat golongan pelajar tahfiz.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika Majlis Perasmian Program Tahfiz Mahir Yayasan Pahang di Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang, di Kuantan, pagi tadi.

“Kita ada 180 buah tahfiz di seluruh Pahang dan semua pelajar yang belajar di pusat tahfiz ini adalah ramai, dan ada antara mereka yang bukan semuanya dapat belajar dengan sempurna atau pun dapat menyelesaikan pembelajaran mereka, jadi mereka perlu diberi ruang dan peluang.

“Jadi Yayasan Pahang mengambil inisiatif dengan menawarkan program seumpama ini, jadi tahniah kepada Yayasan Pahang kerana memilih mereka dan ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia-belia dan pelajar-pelajar bahkan sebenarnya kita dapat merungkaikan masalah pelajar itu sendiri dan masalah pekerja kerana mereka akan dilatih dari pelbagai sudut kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Tahfiz Mahir Yayasan Pahang di Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang, di Kuantan, pagi tadi.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato’ Mahmud Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang, YBhg Ustaz Mohd Khalil Mohd Zari dan Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad

Dalam pada itu, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, kesemua pelajar yang menyertai program kemahiran selama enam bulan itu turut diberikan elaun sebanyak RM1,200 sebulan dalam tempoh pembelajaran bagi memudahkan pembelajaran mereka.

Selepas selesai kursus kemahiran selama enam bulan, pelajar yang akan memperoleh sijil kemahiran yang dapat membantu mereka memasuki sektor pekerjaan yang memerlukan kemahiran dimiliki mereka.

Antara kursus yang ditawarkan adalah kimpalan, elektrik, memasak dan pertanian fertigasi yang dapat membantu para pelajar berdikari. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram