Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim
KUANTAN, 03 SEPTEMBER 2022 : Hampir 2,000 peminat sukan Muay Thai memenuhi perkarangan Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan Kejohanan Superfight Muay Thai Piala YAB Menteri Besar Pahang 2022.
Pertandingan yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang ini diadakan sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP).
Seramai 10 peserta ‘nak muay thai’ dari Malaysia, Thailand, dan Iran menampilkan aksi mendebarkan dalam lima perlawanan bagi merebut tali pinggang dan piala kejuaraan.
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini adalah Sunichai R61 (PMTP), Innwan 77 (Gorilla Muaythai Club), King Joker (Jordan Top Team KL), Phetwinit (Thailand), Wolverine (Tee Thai Boxing), White Scorpion (Muayfit Kota Kemuning), Boy Prata (PSG Muaythai Johor), Adam Kodir (Habiel66 Project Penyu Mas), Mat Yoe Butir (Warrior X Muaythai JB), dan Rohaizad (Kelab Muaythai Geliga Merah).
Bagi tali pinggang Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), dimenangi oleh Mat Yoe Butir; bagi tali pinggang Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) Piala Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (Boy Prata); tali pinggang KMDI Holding Sdn Bhd (Wolverine); dan tali pinggang Exco Belia dan Sukan Pahang (King Joker).
Manakala Sunichai R61 pula membawa pulang tali pinggang dan piala YAB Menteri Besar Pahang pada pertandingan ini.
Turut hadir, Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain. -PAHANGMEDIA