YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menandatangani plak ketika merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 BASF PETRONAS Chemicals di BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd, Gebeng

RANCANGAN PENGEMBANGAN BASF PETRONAS CHEMICALS PEMANGKIN PEMBANGUNAN GEBENG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 25 OGOS 2022 : Rancangan pengembangan BASF PETRONAS Chemicals diharap dapat menjadi pemangkin bagi pertumbuhan kawasan perindustrian Gebeng.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Pahang juga menyambut baik rancangan pengembangan berkenaan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail \ ketika merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 BASF PETRONAS Chemicals di BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd, Gebeng.

“Setelah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang tempoh ini, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM4.9 bilion, pihak BASF PETRONAS Chemicals merupakan aset penting untuk negara ini dan juga Negeri Pahang secara khususnya.

“Saya difahamkan bahawa pihak syarikat juga akan membuat pertambahan pelaburan dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran produk 2-EHAcid.

“Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik projek dan rancangan pengembangan BASF PETRONAS Chemicals ini dan percaya ia akan menjadi pemangkin dan pendorong kepada pertumbuhan di kawasan industri Gebeng ini,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 BASF PETRONAS Chemicals di BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd, Gebeng.

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Tuan Saiful Edris Zainuddin; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YH. Dato’ Razihan Adzharuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group , YBhg. Ir. Mohd Yusri Mohd Yusof; dan Pengarah Urusan BASF Petronas Chemicals, Encik Marko Murtonen.

Beliau berkata, rancangan tersebut juga sejajar dengan potensi yang dimiliki Negeri Pahang berdasarkan indikator dan indeks perniagaan.

“la juga adalah sejajar dengan potensi Negeri Pahang yang sangat besar di mana jika kita melihat dari segi indikator dan indeks yang dikeluarkan badan antarabangsa khususnya indek bisnes, Pahang muncul antara negeri yang terbaik dalam menyediakan fasilitasi serta memudah cara perniagaan.

“Situasi ini memberi harapan dan kelebihan kepada pelabur asing dan tempatan untuk terus menjadikan Pahang sebagai destinasi pelaburan penting pada masa kini dan akan datang.

“Dalam hal ini, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan akan memberi sokongan dan kerjasama penuh untuk memastikan infrastruktur sokongan seperti jalan raya penghubung dan utiliti berada di tahap terbaik untuk pembangunan masa depan khususnya di kawasan perindustrian Gebeng ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram