Oleh : Fairus Mohd
SARAWAK, 12 OGOS 2022 : Yang Dipertua Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang (TERATAI), Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed bersama rombongan hari ini membuat kunjungan hormat ke atas isteri kepada Premier Sarawak yang juga Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang di Bangunan Yayasan Sarawak.
Turut hadir sama ialah isteri Timbalan Premier, Datin Sri Enn Ong Siok Ean, isteri Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datin Sri Hajah Baduyah Haji Bujang, Timbalan Presiden 2 Sabati, Dato’ Hajah Dayang Morliah Datuk Haji Awang Daud, Naib Yang Dipertua 1 Teratai, Datin Sri Dato’ Khadijah Ibrahim, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Pahang, Datin Sri Kamariah Mohamad serta ahli-ahli TERATAI dan SABATI.

Kunjungan hormat pada pukul 11 pagi itu diadakan sebagai lawatan mesra yang berlangsung selama satu jam sebelum rombongan beredar ke Heritage Central Cafe untuk jamuan tengah hari.
Sebelum itu pada pukul 9 pagi, Datin Sri Dato’ Burhah dan rombongan berkesempatan melawat ke Galeri Songket dan Keringkam di Jalan Masjid.
Rombongan disambut Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Old Kuching Smart Heritage (OKSHe), Datu Dr. Sabariah Putit dan Pengurus Besar Centeks Commercial, Encik Shahrin Yusri di mana pertemuan selama kira-kira dua jam itu menceritakan perkembangan industri tekstil songket dan Keringkam di Sarawak.
Rombongan kemudiannya melawat Akademi Teknologi Warisan dan Gastronomi di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) pada pukul 2 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Tuan Haji Syeed Mohd Hussien menyambut ketibaan rombongan sebelum menerima taklimat khas mengenai CENTEXS serta program latihan yang ditawarkan selaku Pusat Latihan Teknikal milik Yayasan Sarawak.
Rombongan turut meluangkan masa kira-kira dua jam melawat ke Digital Academy dan Heritage Technology and Gastronomy Academy serta melihat secara hand-on proses tenunan songket Sarawak dan sulaman tudung Keringkam selain pameran makanan tradisi Sarawak.
Perkongsian idea turut berkisar mengenai kepentingan latihan warisan tradisi dalam memelihara dan memulihara makanan serta keistimewaan tekstil songket dan Keringkam agar maju seiring dengan pembangunan yang inklusif dan menjangkau pencapaian bersifat komprehensif sejajar dengan perkembangan pesat ekonomi digital. – PAHANGMEDIA