Pengurusan Air Pahang Berhad menggerakkan lori-lori tangki air bagi menyalurkan bantuan air di kawasan yang terjejas di beberapa kawasan di Kuantan.

GANGGUAN BEKALAN AIR DI BEBERAPA KAWASAN SEKITAR KUANTAN BERANSUR PULIH

KUANTAN, 11 OGOS 2022: Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan air valve dan line pump di Rumah Pam Kobat Lama telah siap pada jam 5.30 pagi tadi.

Pengurusan Air Pahang Berhad menggerakkan lori-lori tangki air bagi menyalurkan bantuan air di kawasan yang terjejas di beberapa kawasan di Kuantan.

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, sehingga jam 10 pagi tadi, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 50 peratus, manakala, bagi kawasan yang tinggi dan jauh dari loji akan mengambil masa untuk proses dan pemulihan bekalan air secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya selepas 24 jam sehingga 48 jam dari masa kerja-kerja siap.

“Walaubagaimanapun, PAIP akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terjejas.

Pengurusan Air Pahang Berhad menggerakkan lori-lori tangki air bagi menyalurkan bantuan air di kawasan yang terjejas di beberapa kawasan di Kuantan.

“PAIP berharap bagi pengguna yang telah menerima bekalan air menggunakan secara berhemat dan memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga berkata, terdapat beberapa kawasan yang masih belum pulih sehingga kini yang melibatkan seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, Kubang Ikan, Kampung Alor Batu, dan Batu Hitam.

Pengurusan Air Pahang Berhad menggerakkan lori-lori tangki air bagi menyalurkan bantuan air di kawasan yang terjejas di beberapa kawasan di Kuantan.

Menurut beliau, pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram