Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabai, YB. Kamache Doray Rajoo pada sesi soal jawab Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

KERAJAAN PAHANG BANTU SJKT

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 2 OGOS 2022 : Kerajaan Pahang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini dengan memperuntukkan bantuan berjumlah RM1.89 juta sejak tahun 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pada tahun 2019-2020, sebanyak RM715,000 telah diperuntukkan, pada tahun 2021 sebanyak RM101,725 manakala RM1.07 juta pada 2022.

“Kerajaan Negeri juga turut membantu pelajar-pelajar SJKT melalui BSR Yayasan Pahang bermula 2020 ke 2022 sebanyak RM607,200,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabai, YB. Kamache Doray Rajoo pada sesi soal jawab Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, pagi tadi.

Tambahnya, bantuan ini tidak termasuk permohonan terus oleh pihak PIBG yang memohon peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM49,000. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram