YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Kick-off Projek Penternakan Kerbau Tenusu dan Lembu Wagyu oleh Syarikat MIG Dairy Fresh Sdn Bhd di Pusat Genetik, Bukit Kajang, Raub.

PAHANG OPTIMUM PENGGUNAAN TANAH KERAJAAN BAGI PROJEK AGROMAKANAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

RAUB, 19 JULAI 2022 : Kerajaan Pahang sedang dalam tindakan mengoptimumkan penggunaan tanah kerajaan untuk dibangunkan bagi menjayakan projek agromakanan di negeri ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara ini telah diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Dasar Sekuriti Makanan Negeri Pahang 5 Julai lalu.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika melakukan tinjauan ketika Majlis Kick-off Projek Penternakan Kerbau Tenusu dan Lembu Wagyu oleh Syarikat MIG Dairy Fresh Sdn Bhd di Pusat Genetik, Bukit Kajang, Raub.

“Ini (projek penternakan kerbau tenusu dan lembu wagyu) sesuai dengan dasar sekuriti makanan sama ada di Persekutuan dan Negeri.

“Di mana kita tahu daging dan sebagainya kita masih mengimport daripada luar negara, jadi Kerajaan Negeri bantu dan berusaha sediakan tanah bagi tujuan penternakan lembu wagyu dan kerbau tenusu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran PROSPEK Raub dan Penyampaian Suratan Hak Milik Skim Tanah Rakyat Kampung Lalat, Mukim Ulu Dong, Raub di Dewan Orang Ramai Kampung Pamah Rawas, Dong, Raub.

Sebelum itu beliau hadir merasmikan Majlis Kick-off Projek Penternakan Kerbau Tenusu dan Lembu Wagyu oleh Syarikat MIG Dairy Fresh Sdn Bhd di Pusat Genetik, Bukit Kajang, Raub.

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Mohd. Soffi Tan Sri Abdul Razak; dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Talam, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, Ahli Dewan Negeri (ADN) Dong, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab. Moin; ADN Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long; dan Pegawai Daerah Raub, YH. Dato’ Muhammad Shahid Ismail

Tambah beliau lagi, projek ternakan ini juga dapat memberikan peluang kepada penduduk setempat serta syarikat terlibat.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) diantara Rangkaian Delima yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azrul Khairi Muhammad dengan Syarikat MIG Dairy Fresh Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Encik Abdul Gaffar Khan pada Majlis Kick-off Projek Penternakan Kerbau Tenusu dan Lembu Wagyu oleh Syarikat MIG Dairy Fresh Sdn Bhd di Pusat Genetik, Bukit Kajang, Raub

“Ini satu usaha yang sangat baik disamping mewujudkan peluang pekerjaan. Selain itu syarikat yang melabur itu boleh kembangkan teknologi kepada pengusaha-pengusaha kecil di sekitar,” katanya.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri juga dalam proses mengembangkan projek ternakan ini ke daerah Lipis dalam masa terdekat.

“Sekarang kita ada Farm Fresh (Syarikat Farm Fresh Berhad) di Muadzam Shah dan hari ini MIG (Syarikat MIG Dairy Fresh Sdn Bhd), jadi kita ada dua (syarikat penternak). Selepas ini kita akan buat di Lipis, di mana kita dah kenalpasti tanah seluas 300 ekar di Tanjung Gahai, di Farm Fresh akan lead,” katanya.

Dalam majlis sama, beliau turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) diantara Rangkaian Delima yang diwakili oleh
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azrul Khairi Muhammad dengan Syarikat MIG Dairy Fresh Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Encik Abdul Gaffar Khan. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram