Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan Anugerah Khas Diraja pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara 2022 di Hotel Zenith.

KADAR PENGANGGURAN BELIA DI PAHANG TURUN KEPADA 2.4 PERATUS

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 18 JULAI 2022 : Kadar pengangguran belia berusia 15 tahun hingga 30 tahun di negeri ini berkurang kepada 2.4 peratus setakat Mei lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, data ini diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara 2022 di Hotel Zenith.

“Melalui data yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Mei 2022 bagi Negeri Pahang Darul Makmur, golongan belia di negeri ini menunjukkan bahawa mereka kini mempunyai daya tahan yang tinggi dan positif untuk menghadapi kebolehpasaran buruh dalam persaingan sosio-ekonomi digital.

“Mengikut data tersebut, kadar pengangguran di kalangan belia berumur 15 ke 30 tahun menunjukkan trend penurunan iaitu berkurangan kepada 2.4 peratus pada Mei 2022 berbanding 3.3 peratus pada Disember 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persembahan ucapan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara 2022 di Hotel Zenith.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain ketika pada persembahan ucapan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara 2022 di Hotel Zenith.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Shamsulbahri Ibrahim; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker; dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan anak muda di negeri ini dalam meningkatkan ekonomi negeri turut meningkat.

“Secara tidak langsung, ianya menunjukkan tahap kesediaan anak muda dalam memberi sokongan ke arah peningkatan ekonomi negeri ini melalui program bersasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri adalah amat signifikan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram